TERMA DAN SYARAT:

 

1.         KEPERLUAN ASAS

            1.1       DOMAIN - domain yang ditawarkan adalah seperti .com, .net, .org dan .biz. Domain-domain lain seperti .com.my, .net.my, .org.my, edu.my dan .gov.my akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM50, termasuk juga bayaran pembaharuan pada tahun kedua dan seterusnya.

 

            1.2       TEMPLAT - Templat yang akan digunakan adalah templat komersial, bagi mendapatkan hasil yang terbaik kepada laman web yang akan dibina. Templat yang akan digunakan dipilih atas persetujuan pelanggan.

 

            1.3       MODUL, KOMPONEN DAN PLUG-IN - menggunakan modul, komponen dan plug-in standard yang dibekalkan bersama templat, atau jika perlu menggunakan modul, komponen dan plug-in  percuma atau satu daripada modul, komponen dan plug-in komersial yang khusus kepada objektif laman web pelangan.

 

          1.4       ASAS WEB - laman web akan didirikan menggunakan CMS Joomla! sebagai asas  binaan.

 

 2.       TEMPOH SIAP

            2.1       Tempoh siap pembinaan laman web tidak melebihi 30 hari, bermula dari tarikh persetujuan terma dan syarat ini. Perlanjutan tempoh tanpa sebarang kos boleh dibuat atas persetujuan bersama antara Pelangan dan PESONADESIGN  STUDIO .

 

3.         TEMPOH PERCUBAAN

            3.1       Pelanggan diberi masa sehingga 60 hari dari tarikh tandatangan untuk membuat semakan, penambahan kecil atau pembetulan kepada mana-mana bahagian di dalam laman web. Selepas tempoh ini, pihak PESONADESIGN STUDIO akan mengenakan kos tambahan mengikut persetujuan bersama dengan mengambil kira kos perjalanan (di luar Bandaraya Ipoh sahaja), penginapan (jika perlu bermalam) dan kos kerja-kerja pindaan laman web yang dibuat selepas tempoh ini.

 

 4.         KURSUS

            4.1       Pihak PESONADESIGN STUDIO akan memberikan taklimat penggunaan laman web apabila kerja-kerja pembinaan laman web selesai. Walaubagaimana pun kursus 2 hari (16 jam) akan dibuat atas permintaan pelanggan dengan dikenakan kos tambahan sebanyak RM250 tidak termasuk kos perjalanan (di luar Bandaraya Ipoh sahaja), penginapan (jika perlu bermalam).

 
 5.         BAYARAN

            5.1       Bayaran Tahun Pertama (RM 1300.00)

                        5.1.1    Domain dan Hosting                                                        RM 150.00

                        5.1.2    Templat Komersial +

                                    modul/komponen/plug-in komersial                                RM 300.00

                        5.1.3    Rekabentuk laman web + rakaman foto / video               RM 850.00

                       

            5.2       Bayaran Pembaharuan domain dan hosting bagi

                        tahun kedua dan seterusnya (dibayar sebelum

                        tarikh luput pada setiap tahun)                                                     RM 150.00

 

            5.3       Deposit 10% perlu dibayar pada masa terma dan syarat ini ditandatangan. Manakala baki perlu dijelaskan setelah urusan pembinaan laman web selesai (dalam tempoh 30 hari dari tarikh tandatangan terma dan syarat ini)

KURSUS CORELDRAW

08.03.2015 - 08:30 o'clock

Kursus CorelDraw di Chepor

CountDown-Up Big
Powered by Spearhead Software Labs Joomla Facebook Like Button
 
4.png5.png8.png7.png0.png
Today26
Yesterday95
This week121
This month2446
Total45870


Who Is Online

3
Online

Tuesday, 26 September 2017 07:58